loading...

Monday, 23 May 2016

Filled Under:

HANYA KERANA MELAWAN PEROGOL MENGGUNAKANPENYEMBUR PEMEDIH MATA, WANITA INI DIDENDA SEBANYAK RM300


Hanya Kerana Melawan Perogol MenggunakanPenyembur Pemedih Mata, Wanita Ini Didenda Sebanyak Rm300



SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.

Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.

Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda.




Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 





0 comments:

Post a Comment