loading...

Tuesday, 31 May 2016

Filled Under:

Tempat Buang Bayi "LUAR NIKAH" terbesar adalah disini !! Korang lihat sendiri .. pasti tak sangka


Andy tahu pasti ramai yang tidak tahu mengenai 'Baby hatch' atau dalam bahasa melayunya 'peti pelindung bayi' yang telah diperkenalkan di banyak hospital bagi menempatkan ibu yang melahirkan anak luar nikah meninggalkan anak mereka disitu.

Ini bertujuan bagi menyelamatkan nyawa bayi luar nikah ini yang semakin hari semakin menjadi-jadi apabila bayi yang tidak berdosa ini telah dibuang ke dalam tong sampah, longkang atau tandas sehingga menyebabkan bayi-bayi ini meninggal dunia.

Apa dosa bayi-bayi  ini sehingga diperlakukan sebegini?? bukan mereka yang minta untuk dilahirkan. Oleh itu, demi menyelamatkan bayi-bayi ini pihak hospital KPJ telah memperkenalkan peranan 'Baby hatch' ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Abd Aziz Abd Rahman berkata, pihak KPJ telah memperkenalkan 'baby hatch' ini sejak 2010 untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa, namun sehingga kini kaedah ini masih tidak mendapat sambutan.

Katanya, akibat dari trauma dan tekanan yang diterima si ibu yang melahirkan anak ini, mereka lebih memilih untuk membuang bayi ini ke dalam tandas, tong sampah dan meninggalkan di masjid.

Bagi mengelak perkara ini dari terus berlaku, pihak hospital telah memperkenalkan satu kaedah untuk menyelamat bayi-bayi ini untuk dijaga dengan selamat.

"Membuang bayi merupakan cara yang paling mudah oleh pasangan yang berzina dan hamil sebelum nikah dalam kehidupan moden ini tetapi mereka tidak boleh membuang bayi di kawasan yang menjijikkan.'

"Ramai yang masih tidak mengetahui tentang 'baby hatch' yang disediakan dan disebabkan fobia serta panik mereka membuang bayi ke dalam tong sampah. Tujuan sebenar penyedian 'baby hatch' ini adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi," kata Abdul Aziz kepada pemberita.''

Menurut Abdul Aziz, perbuatan meninggalkan bayi di 'baby hatch' adalah lebih baik bagi mengelak si ibu melakukan kesalahan jenayah membuang bayi di longkang, tong sampah dan sebagainya.

Justeru itu, beliau berharap pasangan yang melahirkan bayi luar nikah boleh meninggalkan bayi dalam keadaan selamat, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi yang tidak diminta dilahirkan namun mempunyai hak untuk hidup.

[Klik dekat image untuk lebih jelas]







Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 









0 comments:

Post a Comment