loading...

Sunday, 29 May 2016

Filled Under:

Akhirnya Boyfriend Tampil Beri Penjelasan Sebenar Punca GFnya Bunuh Diri.







KES seorang gadis cantik ditemui maut selepas dipercayai bunuh diri dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, George Town, Pulau Pinang, pada Khamis lalu, kini mendapat perhatian meluas dari netizen.

Gambar mayat mangsa, Darshwini Premkumar, 21, yang ditemui ngeri dalam keadaan kepalanya pecah turut tersebar di media sosial dan menimbulkan rasa simpati ramai.

Sementara itu, pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatharash berkata, sepasang selipar milik mangsa dijumpai berdekatan koridor di tingkat 16.
“Berdasarkan siasatan lanjut, kita percaya mangsa mengalami tekanan perasaan selepas kecewa dalam hubungan cinta. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.
Dalam pada itu, satu video yang tersebar didakwa rakaman insiden tragis itu dilaporkan sebenarnya adalah palsu.

Video tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh rakan mangsa, Santosh Sanjay.
“Video itu adalah palsu dan tolong berhenti daripada membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden itu.
“Awak lagi teruk daripada binatang sekiranya menyebarkan video tersebut. Tolong fikirkan tentang keluarga mangsa,” tulisnya.
66d2280e-8cfc-43b2-8d05-8b5936ba45d4
Dalam pada itu, timbul pula khabar angin panas mendakwa mangsa bertindak sedemikian ekoran bertengkar dengan teman lelakinya yang meminta gambar bogel dirinya.
Khabar angin yang tersebar ini sekali gus membuatkan netizen meluahkan rasa kesal dan kata-kata kecaman kepada teman lelaki Darshwini.
Terpanggil untuk mempertahankan dirinya, teman lelaki Darshwini, iaitu Rohen Sivakumaradass, menafikan hal tersebut.
“Darshwini dan saya sudah bersama lebih dari empat tahun. Apa yang membuatkan anda terfikir saya meminta gambar bogel sekarang setelah lama bersama?
“Kalau anda tidak kenal siapa dia personally tolong jangan kongsi apa-apa mengenai dia. Lebih baik kita mendoakan dia berada di tempat yang  tenang,” tulisnya.
– MYNEWSHUB
[Klik dekat image untuk lebih jelas]







Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 









0 comments:

Post a Comment