loading...

Thursday, 26 May 2016

Filled Under:

Zakar Digigit Ular Dalam Lubang Tandas

snake 5snake 5
Seorang lelaki berdepan detik cemas ketika mahu membuang air besar selepas kemaluannya digigit seekor ular yang muncul dari lubang tandas tersebut.
Ketika sedang mencangkung, Atthaporn Boonmakchuay, 38, terasa zakarnya ditusuk dengan sesuatu yang tajam.
Bila melihat ke bawah, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hujung zakarnya telah digigit oleh seekor ular.
Panik dengan kejadian itu, mangsa terus menjerit meminta tolong.
Jeritan mangsa didengari oleh isterinya yang kemudian cuba membantu mengusir haiwan berbisa tersebut. Namun gagal berbuat demikian.
Mangsa mengalami kehilangan darah yang banyak ketika cuba menyelamatkan diri dari terus digigit ular sepanjang 11 kaki itu, sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat.
Mangsa sempat mengikat kepala ular tersebut dengan tali di pintu bilik mandi sebelum tidak sedarkan diri.
Lapor Bangpakong News, reptilia berkenaan ditangkap dan dilepaskan semula ke dalam hutan. Difahamkan, ular tersebut berenang masuk ke dalam paip rumah sebelum muncul di tandas rumah mangsa.
Lapor Mirror, Atthaporn kini berada dalam keadaan stabil.

[Klik Image Untuk Lebih Jelas ]
snake 1
snake 2
snake 3
snake 4




Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 





0 comments:

Post a Comment