loading...

Tuesday, 7 June 2016

Filled Under:

Harap Muka Je Cantik Tapi Perangai Teruk Giler- Syed Shamim Berang Selepas Ditipu Rakan Artis



Harap Muka Je Cantik Tapi Perangai Teruk Giler- Syed Shamim Berang Selepas Ditipu Rakan Artis






Penyanyi yang popular dengan lagu duet Ragu-Ragu bersama Tasha Manshahar iaitu Syed Shamim dikatakan berang dengan seorang rakan artis ini apabila beliau tidak hadir ketika pengambaraan klip video lagu terbaharunya Hidupku Milikmu tidak muncul pada hari penggambaran akhir yang diadakan bulan lalu.

Menurut Syed Shamim dia terpaksa menanggung kerugian apabila sudah membayar selebriti tersebut dengan sejumlah wang sebelum penggambaran berlangsung.


**"Seorang selebriti wanita telah menipu saya dan produksi apabila berjanji untuk muncul dan berlakon dalam muzik video terbaru saya berjudul Hidupku Milikmu minggu lalu, namun tidak boleh datang kerana ada hal kecemasan.


**"Saya sudah membayar sejumlah wang kepadanya seperti yang dijanjikan, namun sampai sekarang bila ditanya tentang wang itu dia hanya buat tidak tahu sahaja," ujarnya.


Malah, berkenaan isu itu beliau telah memuat naik di laman #Twitternya selepas kejadian berlaku. 






Jelas Syed, setakat ini, dia tidak membuat sebarang laporan polis dan mahu menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.


**"Saya tidak kisah sangat tentang jumlah wang itu, cuma saya kecewa dengan perangai dia yang tidak bertanggungjawab, sudahlah batalkan saat-saat akhir.


**"Malah apabila pihak pengurusan saya bertanya tentang wang yang sudah dibayar dia tidak mahu respon langsung," ujarnya.


Katanya, tempat selebriti tersebut digantikan dengan seorang rakan lain yang berada di lokasi penggambaran tersebut.


**"Kecewa juga sebab video muzik ini kita sudah rancang lama dan ingin menghasilkan yang terbaik tapi lain pula yang berlaku.


**"Saya terpaksa gantikan tempat pelakon itu dengan kawan saya yang ada di situ, kita tidak mahu tangguhkan dan cari pelakon lain kerana ia akan melibatkan kos dan masa," ujarnya.


#Sementara itu, album terbaru Syed iaitu berjudul Melodi bakal dikeluarkan tidak lama lagi. #Dalam album tersebut memuatkan enam buah lagu baharu dan sebuah lagu duet Ragu-Ragu versi akustik.



**"Alhamdulillah, syarikat pengurusan FMC mempunyai perancangan untuk mengeluakan album solo saya dan Tasha Manshahar pada tahun ini.


**"Setakat ini semua berjalan lancar dan Insya-Allah selepas raya akan dilancarkan. Antara komposernya ialah DJ Fuzz, Zul2by2, Toi HyperAct, Omar K dan Ezra Kong," ujarnya yang kini masuk tahun kelima bergelar artis.





Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 









0 comments:

Post a Comment