loading...

Tuesday, 21 June 2016

Filled Under:

Pelakon Linda Helmi meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pelakon drama era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati. Allahyarham atau nama sebenarnya Norlida Ahmad, dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya. Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi. Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen. Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM. Melengkapkan lagi portfolio, anak kelahiran Kuala Kangsar itu juga pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok.




loading...

Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 




0 comments:

Post a Comment