loading...

Wednesday, 8 June 2016

Filled Under:

Soalan ‘Mimpi Basah’ Wanita Viral Di Media Sosial

BIASANYA kaum lelaki yang baru memasuki fasa akil baligh sahaja akan mengalami ‘mimpi basah’ atau mimpi seksual yang mengakibatkan pengeluaran air mani secara tidak sengaja semasa tidur.

Namun lain pula dalam ‘kes’ wanita ini, yang mengaku dirinya keliru sama ada mimpi seksual yang dialaminya itu adalah mimpi basah ataupun tidak.
Kini ‘trending’ di laman-laman sosial, berikut pertanyaan dan jawapan bagi kemusykilan wanita bernama Shila ini mengenai hukum ‘mimpi basah’ beliau:
“Salam.. saya wanita dan sudah berkahwin.
Satu malam saya mimpi berjimak.. setelah sedar dan bangun dari tidur, saya lihat seluar dalam tiada bekas basah (air mani), di faraj cuma ada ketulan bewarna putih kekuningan dan cirinya seperti keputihan yang biasa saya alami.
Perlukah saya mandi wajib jika YAKIN tak keluar mani?
Apa hukum jika saya YAKIN yang air mani tak keluar, yang keluar cuma keputihan biasa..” – Shila, Selangor
Sebelum anda gelakkan pertanyaan wanita ini, perlulah diberitahu bahawa wanita juga secara biologinya mampu menghasilkan air mani, cuma proses pengeluarannya tidaklah sama seperti yang dialami kaum lelaki.
Ini kerana, air mani secara amnya boleh didefinisikan sebagai lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh.
Selain itu, air mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina kerana pengeluarannya tidak berlaku secara sengaja dan sekiranya beliau mahu, wanita itu boleh solat seperti biasa.
Namun, jika persetubuhan sebenar berlaku maka itu sudah terang lagi bersuluhlah hukumnya bagaimana. Rasanya, tak perlu kami huraikan di sini kan?



Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 









0 comments:

Post a Comment